::: Pengurusan Masalah Padi :::

Produk : TAPISAN

Photobucket

Produk Tapisan berkesan mengawal kebanyakkan serangga perosak utama padi

  • ulat batang
  • ulat gulung daun
  • bena perang

Keistimewaan Tapisan

1) 2 bahan aktif = 2 tindakan.

  • cartap hydrochloride
  • buprofezin

Cara tindakan Cartap Hydrochloride

  • bahagian mulut lumpuh
  • hilang selera makan – mati.

Cara tindakan Buprofezin

  • menghalang penyalinan kulit
  • telur tidak menetas

2) Berkesan mengawal kebanyakkan serangga perosak utama padi.

3) Tidak membunuh serangga pemangsa.

4) Bertindak sebagai pelindung pokok padi dengan tempoh yang lama iaitu sebulan.

5) Boleh mengawal bena perang sehingga ke peringkat telur.

========================

PRODUK: PADAN

Photobucket

Produk Padan berkesan mengawal kebanyakan serangga perosak jenis Lepidoptera.

Keistimewaan Padan

1) Bahan aktif = Cartap Hydroshloride

2) Dua formulasi di dalam pasaran

  • berbentuk serbuk bancuhan(SP)
  • berbentuk butir(Granule)

3) Cara tindakan formulasi serbuk bancuh

  • bahagian mulut lumpuh
  • hilang selera makan – mati

4) Cara tindakan formulasi butir Granule

  • bahagian mulut lumpuh
  • hilang selera makan – mati

5) Tidak membunuh serangga pemangsa.

2) Bertindak sebagai pelindung pokok padi dengan tempoh yang lama iaitu sebulan.

3) Padan SP tidak berlaku mendapan setelah dibancuh dengan air.

4) Cara penggunaan Padan 4G

• boleh ditabur dengan menggunakan tangan dan pastikan terdapat air bertakung di dalam sawah sebelum menabur Padan 4G.

ATAU

• Padan 4G juga boleh ditabur dengan menggunakan pam bermotor dan pastikan air bertakung dalam sawah.

9) Pastikan corak semburan yang halus bagi memastikan bancuhan racun kena kepada sasaran.

===========================================

PRODUK : LANMERTIN

Photobucket

Produk terbaru untuk kawalan bena di semua peringkat pembesaran.

Keistimewaan LANMERTIN

1) Bahan aktif – Buprofezin 25.0%

2) Mengawal semua jenis bena.

• bena perang

• bena hijau

• bena belakang putih

• bena zig zag

3) Kawalan sempurna di semua peringkat pembiakan bena.

4) Bertindak menghalang penetasan telur bena.

5) Dewasa betina bertelur dengan bilangan yang berkurangan.

6) Menghalang nimfa bena bersalin kulit

• menyebabkan nimfa mati.

7) Tidak membunuh pemangsa.

• pemangsa membantu mengawal bena.

8) Lain-lain kebaikan

• formulasi cecair memudahkan kerja di ladang

• tiada kesan lecur pada pokok padi

• selamat kepada pengguna

PENGOREK BATANG (Scirpophaga Incertulas)

Photobucket Photobucket

ULAT LAYAR (Nymphula Depunctalis)

Photobucket


ULAT GULUNG DAUN

Photobucket

ULAT RATUS

Photobucket

BENA PERANG

Photobucket

BENA HIJAU

Photobucket

BENA BELAKANG PUTIH

Photobucket

KUTU BERUANG

Photobucket

KESING

Photobucket

KEPENTINGAN PENGAWALAN

Contoh-Contoh Kehilangan Hasil Akibat Perosak Padi:

  • 11 – 20% hasil hilang akibat serangan perosak(Supaad et.al.,1986).
  • Anggaran 5 – 10% hilang(RM 43 million/tahun) dalam pengeluaran hasil padi Malaysia (Lam, 1982).
  • Anggaran 25% kehilangan hasil disebabkan serangan Kutu Beruang(Lim, 1971).
  • 30 – 40% kehilangan hasil disebabkan Hawar Seludang.
  • RM 4.16 juta kehilangan hasil di Tanjung Karang disebabkan serangan Bena Perang(Lim, et.al.,1978). PRINSIP PENGAWALAN

  • Pengawalan sebelum wabak.
  • Pengawalan bersepadu
  • Perlu buat pemantauan
  • Konsep IPM – tidak menjejaskan pemangsa
  • Jalankan kerja pemantauan Bena Perang.

PRODUK: NOMINEE 100SC

Kawalan Lewat Lepas Cambah.

Penggunaan pada peringkat 10 – 40 hari lepas tabur.

Photobucket

Objektif – untuk mengawal rumput Padi Burong, Rumput Sarang Buaya, Rumput Bunga Tebu, rumput daun Lebar dan rumput daun tirus.

Keistimewaan nominee :

§ Masa penggunaan yang panjang sehingga 40 HLT.

§ Sesuai untuk permukaan sawah tidak rata.

§ Tiada kesan kerosakan ke atas poko padi.

§ Guna pada kadar yang rendah dengan kos yang murah

§ Mengawal semua jenis rumpai kecuali Bunga tebu.

Produk : ARROSOLO

Penggunaan pada peringkat 10 – 14 hari selepas tabur

Photobucket

Objektif – untuk mengawal rumput Padi Burong, Rumput Sarang Buaya, Rumput Bunga Tebu, rumput daun
lebar dan rumput daun tirus.

Keistemewaan ARROSOLO

Photobucket


  • Gabungan 2 bahan aktif : Propanil – membunuh rumpai yang sudah bercambah.
    : Molinate – baik untuk mengawal rumpai Padi Burong.
  • Sesuai untuk permukaan sawah tidak rata
  • Kesan semburan k etas rumpai dapat dikesan awal.
  • Penggunaan pada peringkat lewat.

Produk Satunil

  • Penggunaan pada peringkat 3-7 hari lepas tabur.

Objektif – untuk mengawal rumput Padi Burong, Rumput Sarang Buaya, Rumput Bunga Tebu, rumput daun
lebar dan rumput daun tirus.

Photobucket

PERINGATAN:

  • Semasa semburan dibuat, tanah mesti lembap
  • Semburan perlu dibuat dengan menggunakan muncung penyembur jenis “Flat Fan” atau “Flood Jet ” supaya semburan lebih berkesan.
  • 3hari selepas semburan masukkan air

PERHATIAN:

Elakkan daripada menggunakan racun serangga jenis karbamat dan organofosforus dalam jangkamasa 7 hari sebelum atau selepas penyemburan SATUNIL bagi mengelakkan anak padi daripada melecur.

KEISTIMEWAAN SATUNIL

  • Benih padi & pokok padi tidak tenggelami air semasa atau selepas semburan.
  • Kesan semburan ke atas rumpai dapat dikesan awal.

Dalam keadaan bertakung :

  • Produk : BASMI 1% JUMBO (bahan aktif: pyrazosulfuron-ethyl…1.0% w/w)
  • BASMI 1% JUMBO - adalah racun rumpai berteknologi tinggi untuk kawalan yang berkesan terhadap semua jenis rumpai. Tanpa perlu mengunakan pam , hanya perlu lempar pada jarak di antara 10-12 meter bagi setiap tablet.
  • Bahan aktif pyrazosulfuron-ethyl akan tersebar secara rata di dalam air dengan pantas untuk meberikan kawalan yang berkesan keatas rumpai daun lebar, rusiga dan rumput daun tirus di peringkat awal cambah. Hanya lebih kurang 100 tablet di perlukan untuk 1 hektar.

atau gunakan

Produk Basmin 311-WP

Photobucket

Penggunaaan pada peringkat 7 – 14 hari

Objektif – untuk mengawal Rumput padi Burung, Rumput Sarang Buaya , Rumput Bunga Tebu, Rumput
daun lebar dan rumput daun tirus.

CARA PENGGUNAAN BASMI 311 WP

  • Pastikan Rumpai berada di bawah paras air dan ketinggian pokok padi sekurang-kurangnya 1/3 di atas permukaan air.
  • Takungkan air sekurang-kurangnya 7 hari selepas semburan untuk kawalan rumpai sepenuhnya.

UNTUK HASIL MAKSIMUM PASTIKAN :

  • Daun padi di atas paras air
  • Rumpai ditenggelami air
  • Takungkan air seminggu selepas semburan.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.