::: Pengurusan Masalah Padi :::

Archive for the ‘Pengurusan Rumpai’ Category

PRODUK: NOMINEE 100SC

Kawalan Lewat Lepas Cambah.

Penggunaan pada peringkat 10 – 40 hari lepas tabur.

Photobucket

Objektif – untuk mengawal rumput Padi Burong, Rumput Sarang Buaya, Rumput Bunga Tebu, rumput daun Lebar dan rumput daun tirus.

Keistimewaan nominee :

§ Masa penggunaan yang panjang sehingga 40 HLT.

§ Sesuai untuk permukaan sawah tidak rata.

§ Tiada kesan kerosakan ke atas poko padi.

§ Guna pada kadar yang rendah dengan kos yang murah

§ Mengawal semua jenis rumpai kecuali Bunga tebu.

Produk : ARROSOLO

Penggunaan pada peringkat 10 – 14 hari selepas tabur

Photobucket

Objektif – untuk mengawal rumput Padi Burong, Rumput Sarang Buaya, Rumput Bunga Tebu, rumput daun
lebar dan rumput daun tirus.

Keistemewaan ARROSOLO

Photobucket


  • Gabungan 2 bahan aktif : Propanil – membunuh rumpai yang sudah bercambah.
    : Molinate – baik untuk mengawal rumpai Padi Burong.
  • Sesuai untuk permukaan sawah tidak rata
  • Kesan semburan k etas rumpai dapat dikesan awal.
  • Penggunaan pada peringkat lewat.

Produk Satunil

  • Penggunaan pada peringkat 3-7 hari lepas tabur.

Objektif – untuk mengawal rumput Padi Burong, Rumput Sarang Buaya, Rumput Bunga Tebu, rumput daun
lebar dan rumput daun tirus.

Photobucket

PERINGATAN:

  • Semasa semburan dibuat, tanah mesti lembap
  • Semburan perlu dibuat dengan menggunakan muncung penyembur jenis “Flat Fan” atau “Flood Jet ” supaya semburan lebih berkesan.
  • 3hari selepas semburan masukkan air

PERHATIAN:

Elakkan daripada menggunakan racun serangga jenis karbamat dan organofosforus dalam jangkamasa 7 hari sebelum atau selepas penyemburan SATUNIL bagi mengelakkan anak padi daripada melecur.

KEISTIMEWAAN SATUNIL

  • Benih padi & pokok padi tidak tenggelami air semasa atau selepas semburan.
  • Kesan semburan ke atas rumpai dapat dikesan awal.

Dalam keadaan bertakung :

  • Produk : BASMI 1% JUMBO (bahan aktif: pyrazosulfuron-ethyl…1.0% w/w)
  • BASMI 1% JUMBO - adalah racun rumpai berteknologi tinggi untuk kawalan yang berkesan terhadap semua jenis rumpai. Tanpa perlu mengunakan pam , hanya perlu lempar pada jarak di antara 10-12 meter bagi setiap tablet.
  • Bahan aktif pyrazosulfuron-ethyl akan tersebar secara rata di dalam air dengan pantas untuk meberikan kawalan yang berkesan keatas rumpai daun lebar, rusiga dan rumput daun tirus di peringkat awal cambah. Hanya lebih kurang 100 tablet di perlukan untuk 1 hektar.

atau gunakan

Produk Basmin 311-WP

Photobucket

Penggunaaan pada peringkat 7 – 14 hari

Objektif – untuk mengawal Rumput padi Burung, Rumput Sarang Buaya , Rumput Bunga Tebu, Rumput
daun lebar dan rumput daun tirus.

CARA PENGGUNAAN BASMI 311 WP

  • Pastikan Rumpai berada di bawah paras air dan ketinggian pokok padi sekurang-kurangnya 1/3 di atas permukaan air.
  • Takungkan air sekurang-kurangnya 7 hari selepas semburan untuk kawalan rumpai sepenuhnya.

UNTUK HASIL MAKSIMUM PASTIKAN :

  • Daun padi di atas paras air
  • Rumpai ditenggelami air
  • Takungkan air seminggu selepas semburan.

KESESUAIAN :

  • Prosedur ini adalah sesuai digunakan untuk pengurusan rumpai di sawah padi yang terdapat di Malaysia.

MATLAMAT :

  • mengelakkan persaingan rumpai terhadap tanaman padi,
  • mendedahkan petani kepada penggunaan racun herba secara betul dan sempurna
  • membantu meningkatkan pengeluaran hasil padi
  • untuk mengurangkan kos input dalam pengeluaran padi.

Kedalaman  air yang berbeza  dapat mengawal rumpai

Paras kedalaman air 0 cm

= 95% sambau & 57 % rumput peha belalang bercambah

Tetapi paras kedalaman air 10cm

= 21% sambau & 0 % rumput peha belalang bercambah

JENIS-JENIS RUMPAI YANG BIASA DI SAWAH PADI:

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.